OMG,,,,,,Motosikal terbang, tiga remaja cedera

 

Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal terbang dan tersangkut di atas atap garaj salah sebuah rumah milik peneroka tanah rancangan terbabit, petang kelmarin.

Motosikal terbabit yang dinaiki tiga remaja berusia 16 tahun itu dikatakan terbabas sebaik sahaja keluar dari satu simpang kerana gagal mengawal brek lalu merempuh atap garaj rumah milik Ramlah Seman, 55, yang berada dalam kedudukan kira-kira tiga meter lebih rendah dari jalan tersebut.

Ramlah berkata, ketika kejadian, dia dan anak serta cucunya sedang berehat di dapur rumahnya.

“Tiba-tiba saya terdengar satu dentuman kuat seakan-akan bunyi guruh namun tidak mengesyaki apa-apa.

“Tidak lama kemudian saya mendengar riuh rendah di luar rumah memanggil nama saya dan memberitahu ada motosikal tersangkut di atap garaj rumah saya,” katanya.

Sebaik sahaja keluar rumah, Ramlah memberitahu, orang ramai sedang berkerumun di hadapan rumahnya menyaksikan kejadian yang belum pernah terjadi sepanjang tinggal di tanah rancangan terbabit.

“Saya meminta jiran-jiran untuk menurunkan dua orang remaja yang tercampak di atas atap rumah saya,” katanya yang memberitahu jiran-jiran turut membantu menurunkan motosikal tersebut dari bumbung rumahnya.

Suaminya, Mat Yusuf Noh, 66, berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu menyebabkan sebahagian atap garaj rumahnya rosak.

“Kejadian ini sebenarnya bukan kejadian pertama menimpa keluarga saya di mana sebelum ini, rumah ini pernah dilanggar sebuah kereta yang terbabas di simpang di hadapan rumah saya ini.

“Sebahagian dinding batu roboh, namun bernasib baik kerana secara kebetulan, tiada kereta diletakkan di bawah garaj tersebut,” katanya.

Penunggang motosikal terbabit, Muhammad Fikri Saridan, 16, yang patah kaki dan tangan, sempat terjun dari motosikal tersebut sebelum tercampak ke atas atap.

Sinar Harian dimaklumkan, dua rakan sebaya Muhammad Fikri yang membonceng motosikal tersebut turut tercampak ke atas atap.

Salah seorangnya patah tangan dan masih di rawat di Hospital Jengka manakala seorang lagi cedera ringan.










Referensi lain :






Gempar motosikal terbang, 3 tiga remaja cedera - Pahang - Sinar ...
www.sinarharian.com.my/.../gempar-motosika... -
JENGKA 4 - Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal terbang dan tersangkut di atas atap garaj salah sebuah rumah milik peneroka ...

Ranting Patah: Gempar motosikal terbang, 3 tiga remaja cedera

kudinstory.blogspot.com/.../gempar-motosikal... -
– Motosikal terbabit yang dinaiki tiga remaja berusia 16 tahun itu dikatakan terbabas sebaik sahaja keluar dari satu simpang kerana gagal ...

Gempar motosikal terbang, 3 tiga remaja cedera - Page 2 - 
CariGold www.carigold.com/portal/.../showthread.php?... -
Gempar motosikal terbang, 3 tiga remaja cedera News, Current Issues, Rumours.

GEMPAR MOTOSIKAL TERBANG, TIGA REMAJA CEDERA

busuk.org/ping/view/341167 - Malaysia -
JENGKA 4 – Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal terbang dan tersangkut di atas atap garaj salah sebuah rumah milik peneroka ...

Macam Macam Ada: Gempar motosikal terbang, 3 tiga remaja cedera

asalmasukduit.blogspot.com/.../gempar-motos... – Motosikal terbabit yang dinaiki tiga remaja berusia 16 tahun itu dikatakan terbabas sebaik sahaja keluar dari satu simpang kerana gagal ...

Dia buat dah: Gempar motosikal terbang, tiga remaja cedera

diabuatdah.blogspot.com/.../gempar-motosika... – Gempar motosikal terbang, tiga remaja cedera. NORHAFIZAN ZULKIFLI 18 Oktober 2012. Motosikal yang ditunggang remaja terbabit ...

Gempar motosikal terbang, tiga remaja cedera | Tirai Hidup Pelangi

memori-kasih.blogspot.com/.../gempar-motosi... – Gempar motosikal terbang, tiga remaja cedera. image (2). JENGKA 4 - Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal ...

Gempar motosikal... | Facebook

www.facebook.com/.../405696122829624 -
Gempar motosikal terbang, 3 tiga remaja cedera. JENGKA 4 – Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal terbang dan tersangkut di ...

KELAB GREENBOC: Motorsikal Tersangkut Di Bumbung, Cerita P ...

greenboc.blogspot.com/.../motorsikal-tersang...
Gempar motosikal terbang, tiga remaja cedera. JENGKA 4 - Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal terbang dan tersangkut di atas ...

Dua Kecelakaan di Irung Petruk dalam Tiga Jam, Tiga Cedera ...

www.harianjogja.com/.../dua-kecelakaan-di-irung-petruk-dalam-tiga-...
21 Sep 2012 – Dua Kecelakaan di Irung Petruk dalam Tiga Jam, Tiga Cedera. Jumat, 21 ... LALU LINTAS: Remaja Bermotor Tabrak Kakek-Kakek, 1 Tewas ...

KELAB GREENBOC

greenboc.blogspot.com/ -
Gempar motosikal terbang, tiga remaja cedera. JENGKA 4 - Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal terbang dan tersangkut di atas ...

eErmm Sabor Je Lah~(¬_¬) | Facebook

www.facebook.com/..._/217245334954939 -
Gempar motosikal terbang, 3 tiga remaja cedera. kudinstory.blogspot.com. JENGKA 4 – Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal ...

Harian Metro Online (HMO Blog) | Facebook

www.facebook.com/harianmetro -
Gempar motosikal terbang, 3 tiga remaja cedera. JENGKA 4 – Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal terbang dan tersangkut di ...

Drop in Anak Ulu Cheka

drop-in-auc.blogspot.com/ -
Gambar Motosikal Terbang 3 Remaja Cedera. 5 hours ago. AKU ANAK PAHANG · 5 HUKUMAN PERSALAH SEKS YANG PELIK DAN LUCU DIDUNIA. 6 hours
 
detikHealth : Tetap Sehat Dimanapun

health.detik.com/
Remaja masa kini seringkali bergaul terlalu bebas, apalagi hingga ... Penelitian menemukan seks saat remaja bisa berakibat buruk dalam hubungan asmara ...

G*empar motosikal terbang, tiga remaja cedera* JENGKA 4 ...
sopo2.bonology.com/ - Malaysia -
Motorsikal Tersangkut Di Bumbung, Cerita P.Ramlee Jadi Kenyataan - Wajib Tonton - G*empar motosikal terbang, tiga remaja cedera* JENGKA 4 - Penduduk ...

Artikel Terkait


Category Article

What's on Your Mind...